Saturday, 10 October 2015

Final Exam 2015

Hai kawan-kawan.....


Dah ready for exam?

Esok ada exam B.Arab kat SRA....dah habis baca??  Selasa Exam Jawi/ Imla'/ Khat...

buat yang terbaik semua yer kawan-kawan...






Tanah kelahiranku....Kelantan

Tempat Menarik di Kelantan

Gunung Stone
Kampung Kraftangan


Kota Sultan Ismail Petra

Pantai Cahaya Bulan

Taman Air Splash

Taman Tengku Anis

Tok Bali

Abu Jahal Melihat Singa

assalamualaikum.....

Hai semua...

Hari ni, saya nak cerita sebuah cerita yg bertajuk ABU JAHAL MELIHAT SINGA.




    Abu Jahal mendengar ketukan di pintu rumahnya.dia membuka pintu itu. dilihatnya Rasulullah SAW bersama Bilal bin Rabbah dan seorang Nasrani.

    "Wahai Muhammad, masuklah.Ada apa apa yg boleh kulakukan untukumu?" kata Abu Jahal

    Bilal bin Rabbah hairan melihat Abu Jahal begitu ramah menyambuut kedatangan Rasulullah SAW. biasanya Abu Jahal bersikap sangat keras terhadap Rasulullah SAW.Sikap permusuhan terhadap Rasulullah SAW dan umat Islam bukan kepalang.

    "Aku datang ke sini untuk membela ornag Nasrani ini.Kau telah berlaku zalim terhadapnya dengan merampas harta dan menganiayanya," kata Rasulullah SAW.

    Sungguh di luar jangkaan Bilal bin Rabbah, Abu Jahal mengakui perbuatannya itu tanpa sedikit pun membantah.

    "Oh, mengapa anda sendiri yang datang kepadaku?seandainya anda mengutus orang, aku pun akan memenuhi permintaan anda," kata Abu Jahal.

    Abu Jahal memanggil orang suruhan dan memerintahkan mereka supaya mengambil harta orang Nasrani yang telah dirampasnya.kemudian, semua barang yg dirampas Abu Jahal itu telah diletakkan di hadapan orang Nasrani itu.

    "Periksalah barang-barang ini.Apakah semuanya sudah ada disini?"tanya Rasulullah SAW.

    "Hampir semuanya.Tinggal sebuah bakul sahaja," jawab orang Nasrani itu.

    "Kau dengar sendiri, Abu Jahal.masih ada sebuah bakul lagi yang kau belum kembalikan,"kata Rasulullah SAW.

    Abu Jahal memerintah kan orang suruhannya untuk mencari bakul itu.namun, bakul orang Nasrani itu tidak juga dijumpai.lalu, Abu Jahal mengambil bakulnya yang lebih bagus daripada bakul orang Nasrani itu.

    "Mengapa engkau tunduk kepada Muhammad? Kau begitu begitu hina diperlakukan begitu!" kata isteri Abu Jahal.

    "sesungguhnya aku melihat dua ekor singa mengawal Muhammad.Setiap kali aku berniat menetangnya, singa itu mengancam akan menerkamku.Kerana itu, aku menuruti semua perintahnya," terang Abu Jahal.

    Singa yang dilihat oleh Abu Jahal turut diliht oleh orang Nasrani itu.

    "Wahai Muhammad, aku percaya bahawa anda adalah Rasul Allah.Agama mu adalah sebaik baiknya agama," kata orang Nasrani itu.

    Orang Nasrani itu kemudian beriman kepada Allah dan Rasul-nya.Dia menyatakan dia memeluk Islam.Kejadian yang dialaminya itu telah menyedarkannya bahawa Muhammad SAW adalah Rasul Allah SWT.Kehadiran dua ekor singa itu membuktikan bahawa Allah SWT melindungi rasul-Nya.



*gambar ialah hiasan semata mata




Resepi Spaghetti Cabonara

Resepi Spaghetti Carbonara

Bahan utama untuk membuat Spaghetti Carbonara:


  • Minyak zaitun
  • Bawang merah dan bawang putih (dipotong dadu)
  • Lada hitam
  • 1 kotak susu dutch lady
  • 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
  • Daging, sosej, sotong, ayam (perencah tambahan, letak sosej dan daging sahaja)
  • Garam
  • 1 paket spaghetti untuk direbus sampai empuk

Cara-cara membuatnya:

1) Panaskan minyak zaitun, lalu tumiskan bawang putih. Bila dah agak garing masukkan pula daging. Kacau-kacaulah sampai daging itu hancur.

2) Bila dah hancur, bolehlah masukkan pula "prego pasta sauce carbonara mushroom". Letaklah lada hitam sedikit, bila bau dah mula naik bolehlah curahkan air susu kotak dutch lady. Agak-agak sahaja, saya ikut paras tin sauce carbonara mushroom. Kacau seketika.

3) Seterusnya, masukkanlah segala perencah yang korang rasa nak letak. Contohnya, ayam, daging, sosej, sotong ke. Apa-apa sahajalah. Selepas itu tunggu sampai ia mereneh.

4) Sambil membuat sos Spaghetti Carbonara, bolehlah buat spaghettinya pula. Panaskan air dalam periuk sehingga masak, letak sedikit garam. Bila ia betul-betul masak dan panas barulah rendamkan spaghetti ke dalam periuk tambahkan sedikit minyak zaitun. Lalu biarkan ia mereneh supaya spaghetti betul-betul masak.

5) Siap! Bolehlah letak dalam pinggan untuk dimakan. Inilah resepi paling mudah dan cepat masak untuk dibuat. Tak sampai setengah jam pun untuk membuatnya. Rajin dengan tidak sahaja.