Saturday, 10 October 2015

Resepi Spaghetti Cabonara

Resepi Spaghetti Carbonara

Bahan utama untuk membuat Spaghetti Carbonara:


  • Minyak zaitun
  • Bawang merah dan bawang putih (dipotong dadu)
  • Lada hitam
  • 1 kotak susu dutch lady
  • 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
  • Daging, sosej, sotong, ayam (perencah tambahan, letak sosej dan daging sahaja)
  • Garam
  • 1 paket spaghetti untuk direbus sampai empuk

Cara-cara membuatnya:

1) Panaskan minyak zaitun, lalu tumiskan bawang putih. Bila dah agak garing masukkan pula daging. Kacau-kacaulah sampai daging itu hancur.

2) Bila dah hancur, bolehlah masukkan pula "prego pasta sauce carbonara mushroom". Letaklah lada hitam sedikit, bila bau dah mula naik bolehlah curahkan air susu kotak dutch lady. Agak-agak sahaja, saya ikut paras tin sauce carbonara mushroom. Kacau seketika.

3) Seterusnya, masukkanlah segala perencah yang korang rasa nak letak. Contohnya, ayam, daging, sosej, sotong ke. Apa-apa sahajalah. Selepas itu tunggu sampai ia mereneh.

4) Sambil membuat sos Spaghetti Carbonara, bolehlah buat spaghettinya pula. Panaskan air dalam periuk sehingga masak, letak sedikit garam. Bila ia betul-betul masak dan panas barulah rendamkan spaghetti ke dalam periuk tambahkan sedikit minyak zaitun. Lalu biarkan ia mereneh supaya spaghetti betul-betul masak.

5) Siap! Bolehlah letak dalam pinggan untuk dimakan. Inilah resepi paling mudah dan cepat masak untuk dibuat. Tak sampai setengah jam pun untuk membuatnya. Rajin dengan tidak sahaja.

2 comments: